PENGENALAN DAN SEJARAH FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UPM

PENGENALAN

Fakulti Ekonomi and Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah institusi terunggul yang menawarkan pengajian terkedepan dalam bidang ekonomi.Sejak penubuhannya di 1974, Fakulti telah mewujudkan satu tradisi pengajaran dan penyelidikan yang melintasi disiplin juga pensarjanaan yang inovatif. Demi untuk menyahut keperluan industri negara, Fakulti, dari kekuatan asalnya dalam bidang-bidang perniagaan tani, ekonomi pertanian, ekonomisum berasli, telah meluaskan disiplin-disiplinnya untuk meliputi ekonomi utama, kewangan, perakaunan dan pengurusan perniagaan. Fakulti terdiri dari tiga jabatan, iaitu, Jabatan Ekonomi, Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, dan  Jabatan Perakaunan dan Kewangan. Jabatan Ekonomi mentadbirkan program prasiswazah dengan kepujian (Bacelor Ekonomi), Jabatan Pengurusan dan Pemasaran mentadbirkan program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, manakala Jabatan Perakaunan dan Kewangan mentadbirkan Program Bacelor Perakaunan.

Kakitangan akademik Fakulti mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penyeliaan pelajar. Fakulti disokong kuat dengan kakitangan yang ternama yang juga mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang seperti ekonomi analisis dan gunaan, kewangan, perakaunan, dan pengurusan perniagaan.Fakulti bertekad untuk mencapai kegemilangan dalam pengajaran serta penyelidikan di peringkat antarabangsa. Fakulti juga menawarkan berbagai kursus siswazah dalam bidang ekonomi dan pengurusan dengan kerjasama Sekolah Siswazah Pengurusan. Pelajar boleh memilih kursus yang berkenaan untuk pengkhususan mereka.

Dalam bidang Ekonomi, Fakulti diiktirafkan ramai atas hasil penyelidikan Fakulti yang meluas juga berkualiti, sepertimana yang telah terbukti dari tiga penilaian berturut-turut oleh pertubuhan pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia. Ahli Fakulti juga selalu menerbit makalah di jurnal-jurnal kebangsaan dan antarabangsa. Strategi penyelidikan kami menumpu kepada pembangunan teori ekonomi dan pengajian empiric dengan mengguna kaedah ekonometrik yang terbaru. Sasaran Fakulti adalah untuk menghasilkan peyelidikan yang memajukan ekonomi atau teori ekonometrik, juga untuk menawarkan pendekatan inovatif mengenai isu-isu penting yang dihadapi penggubal-penggubal polisi ekonomi.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business School, Berjaya memperoleh akreditasi dalam bidang perniagaan daripada Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) pada Julai 2012. UPM merupakan university pertama di Malaysia  dan yang ke-6 di Asia Tenggara yang mendapat Akreditasi AACSB. Akreditasi AACSB adalah cirri kecemerlangan dalam pendidikan pengurusan. Ia merupakan standard tertinggi pencapaian sekolah-sekolah perniagaan di seluruh dunia. Institusi-institusi yang mendapat akreditasi mengesahkan komitmen mereka untuk kualiti dan peningkatan berterusan melalui proses semakan yang ketat dan menyeluruh.

SEJARAH
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atau nama asalnya Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaan tani telah ditubuhkan pada bulan Januari 1974 sebagai fakulti yang keempat di Universiti Putra Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Penubuhan fakulti ini berdasarkan keperluan melahirkan lebih ramai tenaga professional dalam bidang Perniagaan tani dan Ekonomi Sumber. Pembentukan program berkenaan adalah selaras dengan matlamat Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu, iaitu untuk menyediakan tenaga professional dalam bidang berkaitan dengan sektor pertanian.
Sejak penubuhannya, FEP terus berkembang bukan sahaja dari segi pengambilan pelajar tetapi yang lebih penting adalah penumpuan program akademik serta aktiviti penyelidikan dan khidmat profesional yang telah dijalankan. Fakulti ini mula memperluaskan penawaran program akademiknya seperti berikut:


1974

Bacelor Sains (Perniagaan tani)
Bacelor Sains (Ekonomi Sumber)

1976

Master Sains (Ekonomi Sumber)

1981

Master Sains (Ekonomi)

1982

Ph.D. (Ekonomi)

1985

BacelorPerakaunan

1987

Master Pentadbiran Perniagaan

1994

Master Ekonomi

1995

Bacelor Pentadbiran Perniagaan
Bacelor Ekonomi
Bacelor Perakaunan dengan Pendidikan

2000

Diploma PengurusanPerniagaan

 

 

 

 

 

 

Selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan semasa, FEP telah menubuhkan Unit Program Eksekutif (UPE) pada tahun 1997 dengan menawarkan program kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor awam atau swasta secara separuh masa. Program ini juga telah diperluaskan dengan kendalian bersama Akademi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun 2000.

Pada tahun yang sama FEP telah menubuhkan Unit Program Kerjasama (dahulu dikenali sebagai Unit Program Luar) dan menubuhkan Unit Pendidikan JarakJauh (dahulu dikenali sebagai Unit Pengajian Jarak Jauh) pada tahun 2001.

Sehingga kini, FEP menawar kantiga program di peringkat bachelor iaitu Bacelor Perakaunan, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Di peringkat siswazah pula FEP menawarkan Program Master Ekonomi, Master Sains dan Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi, pelancongan, hospitality dan ekonomi perniagaan.


ALUMNI FEP
Majlis Hi-Tea Alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UPM telah disempurnakan dengan jayanya pada 26 November 2012 (Ahad) di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Majlis tersebut bertujuan untuk meraikan alumni FEP 1978-2012 serta mengeratkan dan menjalinkan semula hubungan antara alumni dan Fakulti. Majlis telah dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, FEP yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti alumni di fakulti dan diurus oleh Prof. Madya Dr.Nor Aziah Abu Kasim. Antara tetamu yang turut hadir ialah Pengarah Pusat Alumni UPM, Mantan Dekan FEP, Pensyarah FEP, Mantan Pensyarah FEP dan keluarga alumni. Acara kemuncak majlis adalah Pelancaran Tabung  Alumni Fakulti (TAF). Objektif utama TAF adalah sebagai platform untuk alumni menyalurkan sumbangan kepada Fakulti. FEP telah Berjaya melahirkan graduan yang terbilang serta memegang jawatan tertinggi di dalam organisasi masing-masing. Alumni adalah asset penting yang menyumbang kepada kecemerlangan UPM secara amnya, dan FEP secara khususnya.

PERJUMPAAN PERTAMA
Pejabat Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat FEP mengambil inisiatif untuk menganjurkan Perjumpaan Pertama Alumni FEP dan Fakulti pada19 Januari 2013 (Sabtu), dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Philip Kotler, FEP. Program tersebut dapat meningkatkan hubungan dan jalinan kerjasama yang berterusan dengan alumni FEP. Pada masa yang sama, turut menjadi platform bagi alumni membuat sumbangan kepada Fakulti.

Objektif utama perjumpaan adalah bagi menjalinkan hubungan dan memantapkan jaringan di antara Fakulti dan Alumni, mewujudkan Interim Pro-tem Committee Alumni FEP dan memantapkan pangkalan data Alumni FEP.

Agenda utama perjumpaan adalah pelantikan Interim Pro-tem Committee Alumni FEP yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan 6 orang ahli Jawatankuasa serta membincangkan aktiviti Alumni FEP 2013.

Kerjasama yang dirancang antara FEP dan Alumni adalah seperti Mentor, anugerah pelajar, geran swasta, penglibatan pelajar FEP dalam acara-acara/ pertandingan yang dianjurkan oleh industri, penyertaan Alumni/ industry dalam program yang dianjurkan oleh FEP, penajaan untuk acara akademik pelajar, Tabung Alumni Fakulti (TAF), Program Pemindahan Ilmu (KTP), penceramah/ pensyarah dan usahasama penyelidikan.